Langkau ke kandungan utama

Macam Jerawat, Tapi bukan ! (Bahaya Penggunaan Kosmetik Murah)

Assalamualaikum semua readers, lama sungguh la tak update blog, bertahunn.. anak dah sampai 3 orang. Haha.

Lepas bersalin ke Amanda haritu (April 2019) , my husband ajak berhijrah ke Kuala Lumpur, tak KL sangatlah, dekat Selayang Batu Caves je. Tukar angin katanya, puas dah cari rezeki di Terengganu, now kita balik KL balik mencari rezeki lain. Alhamdulillah sampai sekarang dah Mac 2020 masih di Selangor dan kami selesa sangat di sini.

Saya dan husband peniaga tau, kitorang dah berniaga macam-macam jenis barang, makanan minuman, kalau tengok masa pindah, banyak sangat perkakas berniaga kitorang, nak tolak kat orang sayang, mana la tau kot rasa nak berniaga lagi kan. Kena la banyak ilmu berniaga, tak jadi berniaga ni. Kena berniaga yang lain pula kan.

So nak dijadikan cerita, masa mengandung dekat Amanda dulu, masa tu sekitar August 2018, ingat lagi masa tu berniaga tshirt bangla ni, tinggi sangat permintaan. So, kitorang fokus online di page facebook, personal facebook, untuk offline pula kitorang banyak masuk expo lagi-lagi dekat Unisza dan UMT, Kuala Terengganu. Kalau takde expo, kitorang masuk pasar malam je lah, tak pun pasar tani pagi-pagi tu. Tu pun kalau larat, tak larat duk rumah je la. Haha.

Kalau dah nama berniaga asyik jumpa customer, memang muka kena sentiasa berhias. Baju kena pakai kemas elok, cantik. Kalau baju tak cantik pun, muka kena siaplah. Tepek bedak, pakai foundation, lipstick wajib ye kat bibir. Baru nampak berseri gituu..

Kalau macam saya ni, memamg suka mekap. Ade orang suka mekap dan jaga kualiti kosmetik yang dorang pakai tu, maksudnya pakai kosmetik yang elok dan berkualiti. Macam saya ni tak kisahlah murah pun boleh asalkan coverage dia bagus, boleh tutup segala jeragat, jerawat.. nampak putih sikit lagi bagus. Padahal, barang yang tak elok tu la dalam diam makan kulit kita tau.

So, saya ada try produk murah ni, beli dekat kedai ECO RM2.10 tu je wak, nama dia SCANLON, kebetulan masa beli tu, ada pulak bedak compact jenama yang sama juga, masa tu staff baru letak bedak tu, apa lagii grab lah satu, warna pun cerah-cerah je ngam dengan warna kulit. So kita beli satu set bedak dan foundation, memang elokk sangat pakai kat muka, glowing.. tahan lama. Konsisten tau pakai brand ni sampai habis satu tiub foundation tu. Bayangkan laaam], berapa lama bahan-bahan merbahaya masuk dalam kulit muka.

Sampai lah satu hari ni, keluar sebijik jerawat kecik je kat bawah pipi dekat rahang belah kanan. Biasanya tangan saya ni gatal sikit, ade jerawat kecik macam tu, mulalah nak picit. Biasa kalau picit, pop! haaa keluar la putih-putih lembik tu, orang panggil nasi ke ape tah. Haha, korang tahu kan putih tu, macam lah tak pernah picit jerawat. Tapi jerawat kali ni, lain macam degilnya, ku picit-picit taknak keluar, pulak tu makin membesar dengan jayanya.. lagi dipicit lagi besar. Ah sudah !

Dah macam mana ni, mula menyesal.. kenapa la pg picit jerawat tu, kan dah besar. Ok insaf jap, tak sentuh pun sehari tu, tapiiiii dia makin membesar jugak. Ya Allah dia membengkak sampai ke leher, kalau malam lagi berdenyut, sampai husband cakap. "Muka u kenapa, dah macam indon kena lempang je" . Hukhuk. Touching lah husband cakap macam tu.

P/s : Next entry ok ! Anak nangis 😂😂

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Petua Hilangkan Kuning Pada Bayi G6PD.

Assalamualaikum.. Hari ni i nak share tips or petua yang i amalkan untuk hilangkan kuning or jaundis pada bayi yang mempunyai G6PD. Yela Haris pun mempunyai G6PD deficiency. Rasanya korang boleh google ape tu G6PD. Kalau ade bayi G6PD ni, banyak benda yang kita kene pantau, pemakanan kita and penjagaan bayi tu sendiri. Ibu tak boleh makan ikut suka hati je terutama ibu yang breastfeeding sebab ape yang kita makan tu akan sampai pada bayi kita. Lagi 1, bayi yang ada G6PD ni kuning dia lambat hilang. Haris sendiri makan masa sebulan untuk kuning tu hilang. Terutama pada bahagian mata putih. Bila dah sebulan barulah mata putih die tu betul-betul nampak putih cerah. Tips ni pun boleh diamalkan untuk bayi yang lain..walaupun takde G6PD. Bukan nak kata tips ni betul-betul berkesan, ini cuma usaha yang saya lakukan dan hasil yang saya nampak sangat memuaskan. Nak nak lagi Haris ni anak sulung. Lagilah saya ngan mak jaga betul-betul. Banyak yang x boleh dari yang boleh. Korang boleh teng

Petua Hilangkan Angin Dalam Badan Semasa Hamil

Assalamualaikum.. I nak kongsi tips or petua untuk hilangkan angin dalam perut or badan bagi ibu-ibu yang mengandung. Nak lagi macam i, nak makan ape pun x boleh, asal makan je mesti keluar balik segalanya yang dah dimakan. Kadang-kadang sampai nak makan balik pun takot, sebab takot keluar balik. Sampai badan pun dah masuk angin, bile badan dan masuk angin, memang badan lemaulaa..nak buat kerja rumah pun malas. Nak pergi keje lagi lah malas. Alahai... Pastu kelmarin rajin la nak google tips untuk hilangkan angin ni, i xnak makan halia ke bawang putih ke ape. Takk suke nak telan macam tu, x kena ngan perut. silap hari bulan muntah balik halia tu. Konon makan nak hilangkan angin, lagi nak bagi badan berangin ade la sebab muntaah je. I google and jumpe 1 blog ni yang suggest untuk minum milo suam untuk hilangkan angin dalam badan. Setakat 3 hari i try, petua ni memang berkesan, sangattttt berkesan. Sedap pulak tu. Caranya macam mana ekk? Simple je, cara dia sama je macam buat

Petua Agar Bayi Anda Berkulit Putih

Assalamualaikum.. Pasti ramai bakal ibu yang baca blog mummy bijak ni mahukan bayi mereka berkulit putih gebu gebas kan? Sama jugak macam mummy.. Selalu sangat baca petua dan search kat google cara cara  dan juga pemakanan yang boleh membuatkan bayi kita putih dan gebu semasa dilahirkan. Memanglah warna kulit dipengaruhi oleh genetik mak dan ayah kan. Kalu mak dan ayah berkulit gelap. Tak mustahil anak yang dilahirkan mesti ada juga yang berkulit gelap kannn.. Tapi tak semestinya..ada jugak bayi yang dilahirkan putih tanpa ikut warna kulit mak dan ayah. Haaaaa, macam mana nak dapatkan bayi berkulit putih. Jom kite tengok petua yang mummy cadangkan ni. Alhamdulillah Haris Mikhail berkulit cerah dan bersih semasa lahir. Petua Agar Bayi Berkulit Putih Semasa Lahir. 1) Semasa hujung kehamilan, amalkan meminum air kelapa muda segar. Kalau amalkan dihujung kehamilan. Insha Allah bayi yang dilahirkan berkulit bersih je tanpa sebarang ruam or bintik bintik merah kat muka dan badan. 2)