Langkau ke kandungan utama

Petua Hilangkan Kuning Pada Bayi G6PD.

Assalamualaikum..

Hari ni i nak share tips or petua yang i amalkan untuk hilangkan kuning or jaundis pada bayi yang mempunyai G6PD. Yela Haris pun mempunyai G6PD deficiency. Rasanya korang boleh google ape tu G6PD. Kalau ade bayi G6PD ni, banyak benda yang kita kene pantau, pemakanan kita and penjagaan bayi tu sendiri. Ibu tak boleh makan ikut suka hati je terutama ibu yang breastfeeding sebab ape yang kita makan tu akan sampai pada bayi kita.

Lagi 1, bayi yang ada G6PD ni kuning dia lambat hilang. Haris sendiri makan masa sebulan untuk kuning tu hilang. Terutama pada bahagian mata putih. Bila dah sebulan barulah mata putih die tu betul-betul nampak putih cerah. Tips ni pun boleh diamalkan untuk bayi yang lain..walaupun takde G6PD. Bukan nak kata tips ni betul-betul berkesan, ini cuma usaha yang saya lakukan dan hasil yang saya nampak sangat memuaskan. Nak nak lagi Haris ni anak sulung. Lagilah saya ngan mak jaga betul-betul. Banyak yang x boleh dari yang boleh.

Korang boleh tengok tips ni, boleh cuba untuk bayi korang.

1. Buah Kurma

Kurma sebijik tu memang bayi tak boleh makan, lagipun perut bayi kan lembut. Hanya boleh hadam susu ibu sahaja. Oleh itu, ibu jelah yang makan, khasiat dalam kurma bagus untuk bayi. Kurma kan makanan sunnah. Semestinya berkhasiat. Macam saya memang kurma tu macam snek, saya memang amalkan selalu. Lepas makan kurma kuning Haris turun, walaupun tak banyak, tapi sekurangnya ada perubahan yang baik.





2. Anggur Hitam.

Kalau korang google pun, ramai yang cadangkan anggur hitam. Saya pun ada cuba, cuba titiskan jus anggur hitam yang pure tu kedalam mulut bayi. kalau x boleh titiskan, korang cuba lenyek buah untuk ambil pati dia, dan suapkan kedalam mulut bayi pakai sudu.. cukup sebiji sehari, ada jugak yang guna 3 biji sehari..tapi bagi saya sebiji sudah memadai. Kalau jus tu tak habis, buang je.. jangan simpan dalam peti and bagi balik kat baby. No way! sebab jus tu dah terdedah.




3. Susu Formula

Memang susu ibu adalah susu terbaik. Tak dinafikan..nurse pun memang cakap macam tu. Tapi mase saya keluar dari wad dulu. Ada staf nurse bagitau saya. Berikan bayi susu formula supaya bayi cepat berak, lagi kerap dia berak, lagi banyak kotoran akan keluar. Jangan beri susu ibu lagi..sebab masa mengandung mesti kite dah makan macam-macam kan. Nak-nak lagi kalau mengidam yang pelik-pelik tu. Kita tak tahu ape kandungan dalam makanan tu, pastu menjadi susu dan kite beri pada bayi. Stopkan dahulu. Saya beri susu Dugro je, Lepas habis kuning barulah beri balik susu ibu. Yang ni memang saya amalkan lepas seminggu Haris lahir..Alhamdulillah, lepas 2 hari berturut bagi minum susu formula, kuning turun n saya dah x payah datang klinik cek kuning dah.




4. Air Cap Badak

Air cap badak ni korang gunakan untuk mandikan bayi. Maklumlah kuning ni panas, so bila mandikan dengan air cap badak ni, badan bayi akan sejuk sikit. Elok mandikan waktu pagi, Mandikan bayi macam biasa pakai air suam. Bilasan erakhr gunakan air ni sebotol. Insha Allah berkesan.





5. Buah Kundur

Yang ni saya guna masa dah nak hujung-hujung dah. Cari je buah kundur kat supermarket tu, letak dalam air masak. Pastu isi kat dalam botol susu, bagi bayi minum. Alhamdulillah.. kuning Haris hilang lepas minum air ni.




Kirenye lepas amalkan semua ni barulah Haris betul-betul bebas jaundis, tu pun amik masa sebulan. Bayi G6PD memang lambat untuk hilangkan kuning. Semua ni saya cuba ikhtiarkan sahaja. Kepada ibu-ibu yang mempunyai bayi G6PD boleh amalkan tips ni.

Terima kasih, sudilah komen dan bagi feedback pasal artikel ni.

Ulasan

  1. Terima kasih sis hidayah atas info..yg bermanfaat baby boy saya ada kuning dan G6PD mudah2an kuning dan G6PD nya hilang melalui info yg sis berikan skg saya amalkan memakan kurma utk penyusuan baby..terima kasih ye sis hidayah..

    BalasPadam
  2. Terima kasih sis...anak sya pown ada g6pd...dh 2x admit ward...kcian kat anak sb byk kali ambil darah...trima kasih atas perkongsian yg sgt memberi manfaat kepada sya...

    BalasPadam
  3. sis bagi susu formula berapa jam sekli ye? ank sy pun g6pd 2 kli masuk wad. dh hampir pts ase. bby pulak xaktif. nk bangun susu pun susah. sedih sgt

    BalasPadam
  4. Anak sis, da brp bulan? G6pd ni. Merbahaya ke? Dn g6pd ni boleh hilang ke bila bayi membesar?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum sis . Anak saya oun ada G6pd .. da bnyk sa cuba tuk hilangkan kuning baby . Smpai minum susu kambing original . Syukur alhamdulilah ada turun sikit kuning baby saya . Tpi doktr kata masih tinggi lgii kuning baby tuu 123 . Sbb anak saya da 2minggu lbih . Kalau sa amalkn mcm y sis amalkan tu masih boleh ka tu sis ??

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...anak sy gegel,sy baru bersalin pd 5/7,anak sy ada g6pd

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...anak sy gegel,sy baru bersalin pd 5/7,anak sy ada g6pd

    BalasPadam
  8. susu formula tu bagi brpe jam sekali ea ???

    BalasPadam
  9. Trimaksh infonya sya bru melahirkan baby boy 30/9 dan baby sya ada G6PD Juga..kuningnya bru2 ni 213 hrap la trun slps amalkan sis bg ni..inshaallah..aamin

    BalasPadam
  10. Terima kasih perkongsian, anak saya juga ada g6pd.Doktor klinik swasta cakap tambahkan susu formula, selang selikan dengan bf.

    BalasPadam
  11. Anak saya pun ada G6PD,blh lah saya amalkan petua dia atas ni😊

    BalasPadam
  12. Terima kasih. InshaAllah sy akn cuba slah satu cara y Puan sarankn. Terima kasih sekali lagi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sudilah untuk meninggalkan komen berkenaan entry saya. Insha Allah saya akan membalasnya. Terima kasih.. ❤️❤️

Catatan popular daripada blog ini

Petua Hilangkan Angin Dalam Badan Semasa Hamil

Assalamualaikum.. I nak kongsi tips or petua untuk hilangkan angin dalam perut or badan bagi ibu-ibu yang mengandung. Nak lagi macam i, nak makan ape pun x boleh, asal makan je mesti keluar balik segalanya yang dah dimakan. Kadang-kadang sampai nak makan balik pun takot, sebab takot keluar balik. Sampai badan pun dah masuk angin, bile badan dan masuk angin, memang badan lemaulaa..nak buat kerja rumah pun malas. Nak pergi keje lagi lah malas. Alahai... Pastu kelmarin rajin la nak google tips untuk hilangkan angin ni, i xnak makan halia ke bawang putih ke ape. Takk suke nak telan macam tu, x kena ngan perut. silap hari bulan muntah balik halia tu. Konon makan nak hilangkan angin, lagi nak bagi badan berangin ade la sebab muntaah je. I google and jumpe 1 blog ni yang suggest untuk minum milo suam untuk hilangkan angin dalam badan. Setakat 3 hari i try, petua ni memang berkesan, sangattttt berkesan. Sedap pulak tu. Caranya macam mana ekk? Simple je, cara dia sama je macam buat

Petua Agar Bayi Anda Berkulit Putih

Assalamualaikum.. Pasti ramai bakal ibu yang baca blog mummy bijak ni mahukan bayi mereka berkulit putih gebu gebas kan? Sama jugak macam mummy.. Selalu sangat baca petua dan search kat google cara cara  dan juga pemakanan yang boleh membuatkan bayi kita putih dan gebu semasa dilahirkan. Memanglah warna kulit dipengaruhi oleh genetik mak dan ayah kan. Kalu mak dan ayah berkulit gelap. Tak mustahil anak yang dilahirkan mesti ada juga yang berkulit gelap kannn.. Tapi tak semestinya..ada jugak bayi yang dilahirkan putih tanpa ikut warna kulit mak dan ayah. Haaaaa, macam mana nak dapatkan bayi berkulit putih. Jom kite tengok petua yang mummy cadangkan ni. Alhamdulillah Haris Mikhail berkulit cerah dan bersih semasa lahir. Petua Agar Bayi Berkulit Putih Semasa Lahir. 1) Semasa hujung kehamilan, amalkan meminum air kelapa muda segar. Kalau amalkan dihujung kehamilan. Insha Allah bayi yang dilahirkan berkulit bersih je tanpa sebarang ruam or bintik bintik merah kat muka dan badan. 2)