Sabtu, 12 Julai 2014

Pengalaman Pertama Mengandung

Assalamualaikum...

Actually entry ni nak cerita pasal petua. Tapi yang nak cerita pasal lain. Hehehehe..
Oh yaaa sebelum tu i nak inform yang tak lama lagi akan jadi seorang ibu! Yessss seorang ibuuuuu...Im mommy to be.. Wehuuuuu, Alhamdulillah, dah nak masuk tahun pertama perkahwinan ni, i and suami dikurniakan rezeki yang sangat besar dengan kehadiran orang baru in our life. In sha Allah, minggu lepas mase start puasa asyik muntah-muntah je. All out, ape yang makan memang xde yang tinggal, semua keluar habis. I memang x suke muntah, sebab i jenis kalu muntah semua akan keluar sampai takde satu pun yang tinggal dalam perut. Huk hukk, sedih kan. Esoknya pun camtu jugak, sampai la seminggu puasa. Masa tu husband suruh pergi hospital je terus sebab takut keracunan makanan ke ape ke kan. Yela, kalau dah puasa, memang semua makanan nak bedal mase berbuka tu, nak nak lagi makanan yang jarang jumpe, tu pun setahun sekali mase puasa baru jumpe makanan semua tu. Bila makanan tu dah bercampur, perut pun memulaslah, mase tu la nak pergi terawih pun nak tak nak je. Haih la ape punye perangai camni..Korang jangan ikut tau perangai camtu.

So bile pergi hospital tu, dah register semua. Jumpe la doktor, doktor pun tau la tanya patient camner kann. Nak lagi waktu tu klinik pesakit luar tengah crowded dengan orang ramai. Mesti la doktor pun nak cepat jugak. Doktor tu tanya camni.

D : Sakit ape ye? (muke doktor macam malas nak layan)
I : Tak sure la doktor tapi dah 3 hari puasa ni saya asyik muntah-muntah je, asal makan je muntah, makan je muntah.

D : Ada cirit birit tak ? ( sikit punye panjang i jawap, doktor tanya seciput je, mencii..)
I : Takde pulak doktor, just muntah je...

D : Maybe keracunan makanan kot, sebab awak salah makan, sekarang kan puasaa..Saya bagi ubat antibiotik dengan ubat untuk bersihkan perut.. (doktor jawap dengan konfiden)

I yang xde basic medic ni pun hangguk kepala and blah camtu je. Then i keluar bilik, my husband ask me semuanya ok tak. I cakap la doktor bagi ubat keracunan makanan. Mu husband pun ok lah, die pun agak i keracunan makanan. So kitorang pun pegi amik ubat kat farmasi and balik rumah dengan riangnya..

Balik tu, i muntah lagi, husband i marah suruh makan ubat. Sampai 3 hari makan ubat yang sama tapi still xde perubahan pun. Haaa, mase ni la i dah rasa lain. I rasa i pregnant. Confirm! walaupun x pernah lalui pengalaman tu, tapi yela kan. Kite wanita kan mesti la akan terfikir jugak pasal ni. So, i cakap kat husband i yang i kate yang i ni maybe mengandung, die macam ye ke tak ni. Yela sebab jumpe doktor, doktor kate salah makan. Pastu i explain la kt husband i, dulu memang i ade jugak keracunan makanan, tapi kalu keracunan biasanya mesti muntah and cirit birit, lepas makan ubat, dalam masa sehari pun boleh ok dah, tapi ni dah 10 hari puasa pun still same je. Badan pun dah kurus dah sebab x makan, yela risau makan je muntah, makan je muntah. So, dipendekkan cerita, esoknya my husband beli la pregnancy test kat Guardian tu ha, beli yang murah je, asalkan boleh cek. Dalam pek tu die ade provide tester, collector and pipette. Lepas dah test tu hasilnya ialahhhhhhhhhh..... Yahoooooo, Alhamdulillah, Emakkkkk rasa terperanjat, gembira semua ada, dekat tester tu ada 2 line, 1 celar, 1 lagi tu x celar sangat. Bila refer balik kat guideline die tu, die kate line yang terhasil tu sebab awal pregnancy lagi. sebab tu 1 kabur and 1 lagi tu clear. Confirm dah mengandung, excited nak jadi ibu pada usia 23 tahun.. hihihi.

Semalam dah cek ngan klinik kesihatan ibu dan anak kat Gombak, nurse yang incharge tu predict kandungan dan 6 minggu.. Alhamdulillah, next appointment 20/8 nanti. Maybe mase tu boleh cek baby kot. Hihi.

Ok readers, next time i akan update lagi perkembangan ok, kepada semua wanita yang bakal menjadi ibu and yang mengandung anak sulung. Sudilah share information or perkara yang baik untuk wanita hamil untuk kebaikan ibu dan baby ye.

Assalamualaikum semua..

3 ulasan :

  1. tngah blogwalking....klau nak tngok design set tilam and baku baby yg cantik..
    bleh follow blog sy..
    http://perniagaan-yuk.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    BalasPadam
  3. Resepinya milo dan air panas je untuk kurangkan pengambilan gula.. kalau tambah satu sudu teh susu pekat lagi sedap..

    BalasPadam

Sudilah untuk meninggalkan komen berkenaan entry saya. Insha Allah saya akan membalasnya. Terima kasih.. ❤️❤️