Khamis, 31 Januari 2013

Review Sabun Susu Beras Thailand

Assalamualaikum readers..

Yoo, lame dah tak update blog. Ade sampai seminggu tak ? Rasenye tak sampai. Hmmm, maaflah broadband ini sangat slow sampai reload berulang kali. Dulu ade streamyx kat rumah, tapi disebabkan adik-adik semakin membesar dan dorang still belajar lagi. So, my father decided untuk stopkan streamyx for a while sampai dorang dah boleh pikir dengan matang dan bijaksana. Huahahaha. Btw, itu bukan motif entri.. Ada cerita lain nak habaq kat hampa (korang) semuaaaa..

For your information, im still studying..yeaa. Saya belajar die Universiti Malaysia Perlis. Ditahun 2 sekarang. Memandangkan perlis dengan Thailand tu apelah sangat. setakat sekangkang kera je jauhnya. Oleh itu, apa gunanya study kat Perlis tapi tak berjalan-jalan tempat-tempat best ye dak. Oh maiiiii, Langkawi  pun i x pergi lagi. Last pergi mase form 3. Berapa tahun dah. Langkawi dah maju punnn sekarang ni.

Di pendekkan cerita..iolls ade beli ini..

 

SET PENJAGAAN WAJAH SUSU BERAS!!

Rasanya sape yang jenis suka survey barangan kecantikan mesti pernah jumpe benda alah ni kan. Untuk pengetahuan, iolls pakai tau ketiga-tiga jenis produk kat atas ni. Ok, yang belah kanan tu sabun susu beras. Korang boleh pakai kat seluruh badan termasuk muka korang sekali. Yang tengah tu Krim susu Beras, ada untuk malam dan siang. Tapi yang ni iolls pakai masa malam. Berfungsi untuk menggelapkan bintik-bintik hitam, jeragat, mencerahkan kulit dan mengurangkan jerawat n parut jerawat. Yang besaq belah kanan tu pencuci muka susu beras. Dia macam sabun tu, tapi yang ni khas untuk muka. Overallll, fungsi set ni adalah untuk mencerahkan kulit, menghilangkan parut jerawat, parut luka, daki-daki kat badan tu. and ape sume yang saya dah explain tadi ok.

Bukti!!!

Sorry, saya tak amik pic sebelum pakai produk ni, tapi sebelum ni iolls punye muka memang ade parut jerawat. kan parut tu gelap kan. Kalu dah ade 5 jerawats kat muka. So, ade 5 paruts la kat muka kan. Tapi lepas guna dalam 2 minggu tu. Abi (ayah) saya ada bagitau yang bintik-bintik hitam kat muka dah kurang..hahaha, my father memang jarang tegur anak-anak dia pasal muka ke jerawat ke. Tapi hari tu die tanya sendiri. 

"Kak ngah pakai ape kat muka, abi tengok macam muka kakngah dah bersih sikitt "

Tudiaaa..Abi, muka kakngah ni sebab pancaran nur air wudhuk. Ahakkkss. Sorry. Tapi memang produk ni sangat berguna. dan abi saya pun pakai jugak tau. memang nampak perubahan kat muka. nampak lebih cerah. Kalau untuk guna kat badan. Iolls cadangkan supaya korang apply terus sabun kat kulit tanpa guna span or berus badan. apply je terus, sebab kalu apply terus. Dia punye khasiat susu beras terus sampai kat kulis. Then, korang biarkan dalam 2-3 minit (thats why iolls mandi lamaaa). Agak-agak macam dah meresap kedalam kulit tu. Then, korang amik berus or span badan and sental dan gosok dan beruslah badan korang tu. Masa tu sabun tu dah absorb daki korang. Then bile korang sental tu bertujuan nak removed daki-daki yang telah diserap tu. Lepas tu, bilas je macam biasa. Nanti korang rasa kulit halussssssss mulus macam kulit baby gituww. Tak percaya? Korang beli and try. Jamin lahh.

Iolls pakai dalam 2minggu, parut-parut gigitan nyamuk sume dah kurang dah. Rasa macam best sesangat bila parut tu pudar kan. hehehe. Benda ni memang senang sangat nak dapat kat pasaran. So, korang boleh survey ok harga. Tapi, iolls ni dekat je ngan siam tu. Oleh itu, i beli sendiri la senang. hehehe. Oklah, rasenya dah panjang sangat menaip ni. Jumpa lagi. Bai.

p / s : If uolls berminat nak order set susu beras ni, korang boleh tinggalkan komen or lagi mudah pm kat fb ok. In Sha Allah, i will reply then. Fb ape??? Ade kat sebelah kanan page ni. carila ye..


Thanks for reading..

4 ulasan :

  1. saya guna sabun yang buku tu je. beli kat mana suma ni? macam nak je.

    http://tyhaleelolipop.blogspot.com/2013/02/first-status-2013.html

    BalasPadam
  2. wahh,sy pn guna produk tu skrg,not bad.betul kata awk parut mmg pudar,tp sy guna sbun tu and krim tu jer :p sy dh follow awk,follow sy jgak ye :p http://mycrazyylifestory.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. visit my blog http://kolagenlaut.blogspot.com

    BalasPadam

Sudilah untuk meninggalkan komen berkenaan entry saya. Insha Allah saya akan membalasnya. Terima kasih.. ❤️❤️