Khamis, 24 Januari 2013

Cubaan Menggunakan Charcoal Mask Daiso

Assalamualaikum.

Salam Maulidur Rasul semua pembaca.

Ok, iolls nak tanye korang pernah pakai tak benda ini??



apakah ini ?? kikihkihkih. Ini ialah Charcoal Mask keluaran Daiso. Memandangkan muka iolls pun dah tak selicin macam zaman muda dulu-dulu. Tajam-tajam je hidung ni bila jari duk singgah kesitu. Geram pulak rasenye. kan best kalau flawless macam telur bila dikupas. Cantik kan! licin je.

Oleh yang sedemikian rupanya mukaku. So, iolls pun try pakai benda alah ni. Sebelum ni ade gak duk googling produk ni, nak tengok jugak testimoni dari mereka yang pernah cuba kan. Kebanyakan sume positif. So, iolls rasa macam eksaited je nak gune, yela kan. bila orang komen yang positif, kita pun rasa nak cuba jugakla kann. Dipendekkan cerita, i pun cuba. Dah nama pun charcoal, wajiblah hitam mask tersebut, baru rasa macam wahhh gitu. lagipun bile korang dah tanggal mask tu nanti. Korang akan nampak segala sampah-menyampah akan melekat kat mask tu. Hah, mase tu rasa macam wajah korang tu dah tak macam wajah dah, seriosss memang geli bile tengok whitehead, black head and segala heads melekat kat mask tu tau. Tapi, bila korang rasa kulit muka korang lepas tanggal mask tu. Korang rasa macam boleh dah nak jadi covergirl majalah Jelita, Wanita, Annur, Dara dan sebagainya. Ok tipu!

So, jom tengok.



Ini diaaaaaa... gambar yang 1st tu same je macam pic atas tu. Gambar yang bawah tu ialah iollssssss. Hikhikhik. Malu. manelah nak letak muka yang comel hitam nihh. Hitam kan, pastu iolls lak muka macam masam je bila pakai mask. Muka nak cari gaduh. Gaya macam pekerja tarik kereta yang tak kene bayar je. Cis! btw, memandangkan mask ni hitam. So, janganlah pandang negatif terhadap mask tersebut. Hitam tidak bermaksud ianya busuk, tetapi mask ini hitam yang sangat wangi. Wangilah jugak pada hidung iolls ni. Suke.

Lepas pakai mask tu, make sure bagi dia kering betul-betul tau. Sebab nanti nak tanggal mask tu, kalu korang tanggal masa tengah basah. macam takde motif la kan nak feeling pakai maskk. Lagi tebal korang pakai. lagi lame masa untuk mask kering. Tapi bagus jugak pakai tebal-tebal. nanti banyakla whiteheads yang akan melekat. hehehe. Terpulang. mask ni kene pakai at least 2x seminggu. kurang takpe. lebih jangan. Kenapa jangan, Iolls tak tau. Sila jangan tanya. hokey.

Bila dah keringg..



Uuuuuuuuuu, korang nampak tak yang ade bulat-bulat kuning tu. Tu la whitehead yang berjaya ditarik oleh mask ini. Oh mask, tahniah tahniahh. Memang seronok sangat bila dah rasa hidung licin. pipi licin, sume licinlah. haha. kagum sangat-sangat. sorry, pic lepas remove mask ni tak amiklah pulak. sobss.

Btw, sape yang berminat nak beli mask ni. boleh beli kat iolls yaa..
RM10.00 sahaja. boleh survey harga lain dekat online shoppe.

p/s : jangan letak mask pada kelopak mata n bibir, dibimbangi masa nak tanggal mask. mata dan bibir akan tercabut skali melekat kat mask. nanti nilai hantaran jatuh pula. :p

Thanks for reading.

7 ulasan :

  1. wahh, black heads boleh hilang jgk x?
    hee. jom singgah dan join peplum giveaway di blog kita :))

    BalasPadam
  2. KAK BUI NK TRY LAH..KALAU POS KE KUCHING,BRP?

    BalasPadam
  3. SY hari tu g Daiso. nak beli charcoal mask ni dengan nose pack die. last2 SY ambik nose pack je. nak try dulu. lagi pun kat rumah ade masker lagi. kesan die memang memberansangkan. nanti g Daiso nak beli charcoal mask tu pulak la. hehe~

    BalasPadam
  4. available lagi x charcoal mask nie??
    kalau ada nak order satu..

    BalasPadam
  5. Awak jual lagi tak product ni? RM10 termasuk postage atau tidak?

    BalasPadam
  6. Hai..ada jual lagi tak produk ni?Harga include postage?

    BalasPadam

Sudilah untuk meninggalkan komen berkenaan entry saya. Insha Allah saya akan membalasnya. Terima kasih.. ❤️❤️