Untuk 5 bulan ni..Insya Allah nak berusaha menjadi yang terbaik, meskipun x dapat jadi yang terbaik, tapi saya mahu ada usaha untuk kearah yang baik itu. Insya Allah. Semoga segala urusan baik-baik dipermudahkanNya.
Nak share firman Allah berkaitan aurat wanita..
Sama-samalah kita pelihara aurat..^^
Pesanan kepada diri sendiri dan juga umat islam lain. Insya Allah.
Surah An-Nur. Ayat 31.
Nak share firman Allah berkaitan aurat wanita..
Sama-samalah kita pelihara aurat..^^
Pesanan kepada diri sendiri dan juga umat islam lain. Insya Allah.
Surah An-Nur. Ayat 31.
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. "
Wallahualam..
Ulasan
Catat Ulasan
Sudilah untuk meninggalkan komen berkenaan entry saya. Insha Allah saya akan membalasnya. Terima kasih.. ❤️❤️