Langkau ke kandungan utama

Senarai peserta ustazah pilihan 2011

Sebelas peserta Ustazah Pilihan yang bakal beraksi di Astro Oasis bermula Oktober ini. - Foto DANIL ROSLAN
KUALA LUMPUR: Pencarian pelapis pendakwah muda wanita berakhir apabila pihak Astro Oasis berjaya memilih 11 calon untuk program Ustazah Pilihan selepas beberapa siri uji bakat yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara bermula Julai lalu.
Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, daripada 40 peserta yang di senarai pendekkan, pihaknya hanya memilih 11 peserta kerana mereka dilihat layak untuk menyertai rancangan berkenaan berdasarkan pengetahuan masing-masing.
"Antara kelebihan peserta kali ini apabila ada di kalangan mereka bukan sahaja berkelulusan pada peringkat universiti sebaliknya berkebolehan bertutur bahasa asing seperti Arab dan Parsi.
"Apabila program ini bermula, kami akan menguji dan melihat sejauh mana pesertaUstazah Pilihan ini dapat mengendalikan permasalahan berkaitan wanita dan berdakwah kepada orang lain.
“Kami juga mahu melihat mereka menjadi wanita yang berkualiti daripada segi pemikiran dan perwatakan agar dapat menjadi ikon muslimah sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya pada majlis memperkenalkan barisan peserta rancangan berkenaan Isnin lalu.
Individu yang terpilih menyertai Ustazah Pilihan terdiri daripada Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah),20, Nur Aqidah Mawardi (Aqidah),21, Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah),21, Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah), 21, dan Masfira Hilman (Fira),27.
Turut terpilih adalah Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz),27, Siti Nor Hafidza Razali (Fizah),21, Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya),26, Nina Syazmeen Mohd Din (Nina),23, Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti),26, dan Maryanti Ramle (Yanti),23.
Sementara itu Izelan berkata menerusi program ini para peserta akan melalui proses penyingkiran mengikut tahap pencapaian masing-masing yang akan ditentukan oleh mudirah (pengetua) yang dilantik iaitu Dr Robiah K Hamzah dan mursyidah (tenaga pengajar) iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiyah Hassan.
Program yang dihoskan oleh penyampai radio IKIM, Siti Rohani Surani ini akan bersiaran pada setiap Khamis, pukul 9 malam bermula 6 Oktober depan..
**********************
komen saya : 
artis Heliza Helmi AF tu x dapat masuk program ni..xpelah kan xde rezeki..insya Allah..saya nak tengok program ni sampai habis..hihihihih..

-THE END-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Petua Hilangkan Kuning Pada Bayi G6PD.

Assalamualaikum.. Hari ni i nak share tips or petua yang i amalkan untuk hilangkan kuning or jaundis pada bayi yang mempunyai G6PD. Yela Haris pun mempunyai G6PD deficiency. Rasanya korang boleh google ape tu G6PD. Kalau ade bayi G6PD ni, banyak benda yang kita kene pantau, pemakanan kita and penjagaan bayi tu sendiri. Ibu tak boleh makan ikut suka hati je terutama ibu yang breastfeeding sebab ape yang kita makan tu akan sampai pada bayi kita. Lagi 1, bayi yang ada G6PD ni kuning dia lambat hilang. Haris sendiri makan masa sebulan untuk kuning tu hilang. Terutama pada bahagian mata putih. Bila dah sebulan barulah mata putih die tu betul-betul nampak putih cerah. Tips ni pun boleh diamalkan untuk bayi yang lain..walaupun takde G6PD. Bukan nak kata tips ni betul-betul berkesan, ini cuma usaha yang saya lakukan dan hasil yang saya nampak sangat memuaskan. Nak nak lagi Haris ni anak sulung. Lagilah saya ngan mak jaga betul-betul. Banyak yang x boleh dari yang boleh. Korang boleh teng

Petua Hilangkan Angin Dalam Badan Semasa Hamil

Assalamualaikum.. I nak kongsi tips or petua untuk hilangkan angin dalam perut or badan bagi ibu-ibu yang mengandung. Nak lagi macam i, nak makan ape pun x boleh, asal makan je mesti keluar balik segalanya yang dah dimakan. Kadang-kadang sampai nak makan balik pun takot, sebab takot keluar balik. Sampai badan pun dah masuk angin, bile badan dan masuk angin, memang badan lemaulaa..nak buat kerja rumah pun malas. Nak pergi keje lagi lah malas. Alahai... Pastu kelmarin rajin la nak google tips untuk hilangkan angin ni, i xnak makan halia ke bawang putih ke ape. Takk suke nak telan macam tu, x kena ngan perut. silap hari bulan muntah balik halia tu. Konon makan nak hilangkan angin, lagi nak bagi badan berangin ade la sebab muntaah je. I google and jumpe 1 blog ni yang suggest untuk minum milo suam untuk hilangkan angin dalam badan. Setakat 3 hari i try, petua ni memang berkesan, sangattttt berkesan. Sedap pulak tu. Caranya macam mana ekk? Simple je, cara dia sama je macam buat

Petua Agar Bayi Anda Berkulit Putih

Assalamualaikum.. Pasti ramai bakal ibu yang baca blog mummy bijak ni mahukan bayi mereka berkulit putih gebu gebas kan? Sama jugak macam mummy.. Selalu sangat baca petua dan search kat google cara cara  dan juga pemakanan yang boleh membuatkan bayi kita putih dan gebu semasa dilahirkan. Memanglah warna kulit dipengaruhi oleh genetik mak dan ayah kan. Kalu mak dan ayah berkulit gelap. Tak mustahil anak yang dilahirkan mesti ada juga yang berkulit gelap kannn.. Tapi tak semestinya..ada jugak bayi yang dilahirkan putih tanpa ikut warna kulit mak dan ayah. Haaaaa, macam mana nak dapatkan bayi berkulit putih. Jom kite tengok petua yang mummy cadangkan ni. Alhamdulillah Haris Mikhail berkulit cerah dan bersih semasa lahir. Petua Agar Bayi Berkulit Putih Semasa Lahir. 1) Semasa hujung kehamilan, amalkan meminum air kelapa muda segar. Kalau amalkan dihujung kehamilan. Insha Allah bayi yang dilahirkan berkulit bersih je tanpa sebarang ruam or bintik bintik merah kat muka dan badan. 2)